Eish, bila dah sign tenancy agreement la memcm dugaan lain. Tetiba ada pulak rumah yang cantik, besar lagi, ada double bed for 2 bedrooms. Aih, memcm la lagi. Ok, so nak menyedapkan hati, insyaaAllah ok sebab rumah yang dah sign tenancy agreement ni, lagi dekat dengan macam-macam facilities. Nak pergi tesco, nak pergi activity centre, nak pergi solat Jumaat, nak beli brg halal, transportation pun, like dekat dgn tram dan bus stop. So, dr segi tu, kurang la sikit ralat nya walaupun rumah ni takde backyard, ruang tamu kecik, satu bilik je yg double bed. Entah la cemane nanti, sebab we all ni dah biasa semua tido ramai-ramai. Anak-anak rapat dengan each other. Usually in our master bedroom kat sini, siap boleh masukkan 2.5 katil king pun. So, bayangkan betapa I feel yang rumah tu nanti sgt kecik. Dah la bebdk takde tempat nak pergi mcm kat sini - at least sini ada rumah mama boleh pergi anytime, buat itu ini.
Ok ok, sedapkan hati. InsyaaAllah kat rumah yang dah dipilih tu lebih baik, lebih menjimatkan dan the whole family happy. Semalam agent pun dah sign, so, complete dah la. Then, deposit pun dah ditransfer to the agent. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.
Mana la tahu ada di antara readers yang nak tahu (kot2 la nak pergi sana belajar/kerja ke), boleh ke tukar property last minute (kan kat atas tadi I explain that tetibe rasa mcm nak tukar property je)? Answer is, yes. BUT.....
1) sebab property dah off the market for couple of days, then maybe landlord akan suruh byr la compensation sikit
2) kena byr fees for drawing up new agreement.
3) property from the same agent
4) Agent belum sign lagi and agreement belum finalize yet
So, basically, bukanlah tak boleh langsung. Boleh je. At that point of time, I mcm dah firm up pasal the decision (utk stick to the earlier house yang ala-ala love at first sight tu). But hey, what the heck kan? Tak salah pun kalau nak explore further on that kan? Otherwise, you wouldn't know.
Meh I belanja gambar dapur rumah we all yang I agak suka... :) Tapi ni gambar lama. Before the landlord renovate the house untuk letak island kat tetgh dia.
Haaa....yang ni gambar sebenar bila tenant ada. Sepah-sepah la sikit kan? Tapi still terserlah kecantikan kitchen dia. Nampak tak, the island that I was talking about? Comel, kecik je. Rumah ni pun average memang kecik je, Ala-ala version tepi jalan je.
Ada banyakkkk....super banyakkkk lagi rumah yang sangat-sangat lawa with extremely modern and nice kitchen (eh, cerita kitchen pulak kan?). Pastu, ruang luas, garden cantik. Aih, macam-macam la lagi kriteria yang best. Tapi....budget kami terhad, plus convenience is out utmost priority. Hence, we gotta land somewhere in between la. Lebih sana sikit, kurang sini sikit. All in all, Alhamdulillah, process dia sangat-sangat senang.