Ni salah satu spot yang menarik hati bila view the pictures kat Rightmove semalam. Dapur dia. Ni keadaan yang ada tenant tau, bersepah. So u imagine klau keadaan tgh bersih, mesti cantik kan? (nak puaskan hati sendiri).
Hari tu mcm dah ternampak, but tolak bulat-bulat walaupun dah beratus-ratus gambar dan 1.5 years view gamba rumah di website ni. Reasonnya, di advice untuk cari di Gumtree sebab boleh deal direct dengan landlord. Landlord kalau direct kan, tgk rumah, kasi duit, hari tu or esoknya dah boleh move in dah. Sesenang itu. Yela, tak salahkan the persatuan di sana sebab memang logiknya byk org pergi sana baru cari rumah. Sebab yela, preference masing-masing berbeza. Betul la apa diorang cakap tu. But yela, degil kan? Nak ikut hati sendiri jugak. Diorang ada jugak tolong cari, suggest and deal dengan landlord lain kat sana, specially yang mana budak Malaysia nak balik dah. Then, continue jela tenancy di sana. Tapi, rasa tak berkenan dengan choice tu. Not just about the monthly rental amount, location and kebesaran rumah (sebab berapa juta kali sgt la orang nak dtg kan? This is more towards us, 2A and 3C to stay kan?), tapi nak jugak pilih rumah yang cantik, sendiri. Pastu nak location yang dekat dengan city centre. Kalau kita compare London = KL, Sheffield ni mcm kampung la. So, tak dpt duduk kat bandar besar mcm London, at least City Centre pun jadi la.
Pastu, we all nak make sure facilities lain senang, mudah dan dekat. Tanak yang bus je dekat, tapi groceries, farmasi, etc jauh bebenor. Tapi tu la, at the same time, kena berdoa la. After that, tawakal. But jangan lupa...in between tu, usaha bersungguh-sungguh.
Ok, back to the renting arrangement.
I chose the unit, check jarak dgn university and facilities keliling dia, then call agent. Ahh, tak kisah la kena spend sikit untuk call. Asalkan deal sendiri, tak menyusahkan pelajar di sana. Call, tanya agent, beritahu dia I'm interested. Kat sana wajib view property tu. Pastu kalau dengan agent ni, ada viewing time pulak. Kalau nak view boleh, tapi dtg time yg dia da setkan. Which means, akan ada byk org jugak la dtg view skali. The good thing is, baik untuk current tenant. Tak kacau they all.
So, I told the agent, ada kwn akan datang tolong viewkan rumah tu. Kebetulan pulak ada viewing session hari tu (semalam, Selasa) at 1pm and then on Thursday at 5pm. I asked my friend mintak viewkan, lepas inform and confirm the details semua, call balik agent. Confirm akan dtg. Then dia mintak last name and no phone kwn kat Sheffield. Ahhh sudah, tak sure la pulak details. Selama ni whatsapp guna no Malaysia kwn tu. Check details and then inform agent balik.
At 1pm, my friend pergi viewkan the unit. He took some pictures and Alhamdulillah puas hati. Dia beritahu how convenient nye tempat ni, etc. He gave me the agent's contact details - another contact number, klau confirm nak take up the unit. Within half an hour mcm tu, terus decide. Ok, let's take it. Transfer money to the agent (oh, we have transferred a sum of money lepas Brexit hari tu, sebab currency jatuh kan? So, transfer to my sis kat Scotland dulu. So, suruh dia transfer kepada agent). Agent kata, byr GBP300 dulu to book the house. Done within an hour segala process. Alhamdulillah...syukur syukur syukur, Allah SWT permudahkan semua.
Ni semua facilities di sekeliling area kami tu. Di antara tempat-tempat yang penting adalah, Tesco, Zest Centre (ada klinik, ada segala sports activities, swimming - swimming ada for ladies only, gym pun ada for ladies only, martial arts, classes for kids, etc). Tram pun, kata google map, hanya 0.2 miles away. Then, nak pergi solat Jumaat pun, tempat nya hanya 5 mins walk. Kedai daging halal ada 2 kalau tak silap, dedkat situ. Rumah tak besar sangat, tak kecik sangat. Because kalau besar sgt pun, risau anak-anak syurga kami tu rasa takut pulak. Kalau di Malaysia, rumah besar takpe. Sebab dia dah biasa and keadaan rumah di Malaysia, luas dan cerah. Di sana, rumah lebih narrow and tangga dia steep. Syukur Alhamdulillah, kami dapat lock rumah ni.
Printed out some pictures to show to the kids. Ok, yes to show kat H1. Sebab dia yang selalu concern memende ni semua. Dia happy and suka tgk gambar dia. Syukur Alhamdulillah...
Nampak tak dia tulis "Let Agreed" tu? Meaning, the application fee that we paid yesterday has been reflected in their records. InsyaaAllah, it will be a smooth sailing journey...
Nanti-nanti I will cerita my experience cari rumah dengan direct landlord and also university accommodation. Pastu, I will also share with you about the house requirement in the UK untuk family yang ada anak. Later later yea...busy now.